(: A Brief Business Planning from Afie :)
Thursday, October 18, 2012 | 0 comments
Assalamualaikum semua! Alhamdulillah dapat juga Afie siapkan ringkasan ni untuk anda. Ramai yang email dan menghantar mesej bertanyakan tentang cara memulakan perniagaan secara online, bagaimana nak membuat promosi etc. Ada dari kalangan customer Cloverush, ada juga orang luar, ada juga rakan2x yang baru nak memulakan bisnes. Afie takla penuh ilmu di dada tapi di sini Afie akan share ilmu, pandangan, nasihat dan the Do’s and the Don’ts yang Afie dapat sepanjang 2 tahun penglibatan dalam bisnes online ni. Afie masih lagi belajar, menuntut dengan senior2x yang dah berjaya. Banyak ups and downs, sama seperti tokey2x lain yang dah berjaya. *Bila la nak berjaya macam dieorang yekkk? ^_^ *
1. Niat
Ya NIAT!! Dalam Islam pon, perkara pertama yang perlu ada dalam melakukan sesuatu adalah niat. Niat ini adalah asas kepada perniagaan anda, yang akan menentukan kekekalan bisnes anda samada untuk jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Dalam apa jua bisnes, pastilah kita mahukan sesuatu yang kekal dan dapat mengubah nasib kita di masa hadapan, kan? Pastikan niat anda betul dan yang penting ikhlas. Jangan sesekali memulakan bisnes kerana perasaan cemburu/iri dengan orang sekeliling yang dah berjaya kerana ini akhirnya hanya akan memakan diri anda.
2. Planning
Niat dah ada. Alhamdulillah. Tentang planning pula, atau perancangan perniagaan. Untuk semua bisnes, selain niat kita haruslah bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal, kewangan dan juga ilmu. Jika tak bersedia dan anda memulakan bisnes dengan niat untung semata, susah untuk hadapi dugaan2x mendatang, apatah lagi bertahan demi mencapai cita2x murni berbisnes ni kan. Macam2x ragam pelanggan akan anda jumpa. Ragam pesaing etc. Nak dealing dengan manusia ni adalah part yang paling susah dalam bisnes. Untuk permulaan bisnes yang lebih efektif, modal adalah perkara wajib bagi peniaga. Tak perlu bermula dengan ribuan ringgit pon tak apa. Janji kita tahu labur modal yang ada dan rolling guna duit yang sama. Sikit2x lama2x jadi bukit juga kan. Dan apabila kita dah laburkan sebahagian daripada simpanan kita untuk bisnes, perlulah kita lengkapkan diri dengan segala ilmu yang berkaitan. Belajarlah daripada orang yang dah berpengalaman atau daftarkan diri anda ke kelas/kursus yang berkaitan. Ilmu ini sangat penting untuk anda persiapkan diri dengan jawapan dari soalan2x cepumas customer nanti. Juga perlu untuk anda bandingkan kualiti terbaik dengan tawaran paling rendah, semasa mencari bahan jualan. Berbekalkan ilmu, kewangan dan persediaan yang cukup akan menjanjikan long term business.
p/s: Tak tahu dari mana nak mulakan perniagaan? Banyaknya kena fikir? Mana satu nak buat dulu? Mana yang penting? *ding dong*.. Psstt.. Anda hanya perlu google dan cari sampel untuk buat proposal. Buatlah proposal perniagaan anda supaya anda lebih jelas nampak ke mana arah tuju bisnes anda. Apa matlamat bisnes anda.. Siapa target market anda.. Apa raw material yang perlu ada.. Di mana nak dapatkan raw material tu.. Semua masalah akan anda lihat daripada proposal ni dan dari situlah anda bermula. Selesaikan setiap masalah anda satu persatu. Jangan malu bertanya. InsyaAllah ini cara yang terbaik bagi anda yang blur untuk memulakan perniagaan.
Bawah sekali post ni Afie bagi link web yang boleh membantu anda lebih memahami selok belok memulakan perniagaan, agensi di Malaysia yang berkaitan etc etc.. Semua ada!! Baca keyh!
3. Praktikkan ilmu
Semua ilmu yang dituntut dari Encik Google atau orang yang berpengalaman tu hendaklah anda praktikkan. Jangan disimpan segala nota dalam bag sampai pudar dakwat tu pulak. Sort semua tips/ilmu/idea yang anda telah terima. Cuba satu persatu mengikut keutamaan matlamat perniagaan anda. Kalau tak berjaya, cuba lagi sampai hasilnya memuaskan hati anda. Mungkin dengan cubaan tak berjaya tu, anda boleh consult semula senior/guru untuk maklumat lebih details. Jika ada kawan2x yang mahu mencuba, jangan lokek dalam berkongsi ilmu. Mungkin kawan anda juga ada ilmu yang anda tidak tahu. Jadi kongsi dan gabungkan ilmu tu untuk manfaat bersama. J
4. Promosi
Kebanyakkan yang bertanya kepada Afie adalah tentang promosi. Ok so here we go. Dari segi mempromosikan produk anda secara online, terdapat banyak cara seperti:
FB ads / Instagram / Twitter
Tutorial
Group sharing
Promosi mulut ke mulut
Giveaway to F&F
Website Ads
Mass Media Ads
Etc etc
So basically, semua cara promosi ni terbahagi kepada dua iaitu berbayar dan tidak berbayar. Kalau anda ada banyak duit, maka lebih senanglah untuk anda mempromosikan barangan anda kerana pelbagai medium boleh digunakan. Bagi mereka yang tidak cukup modal untuk membuat iklan FB, Mass Media, website etc, bolehlah guna cara menyediakan tutorial, group sharing dan promosi mulut ke mulut.
Sediakan tutorial anda dan upload ke YouTube. Kenapa perlunya kaedah ini? Apa yang best tentang kaedah ini? Sebenarnya bila anda upload tutorial etc, carian google umum tentang sesuatu yang berkaitan dengan produk anda akan lebih meluas. Contohnya, taip je nama produk anda, google akan terus list out semua yang berkaitan dengan anda secara online. Jika anda ada Fanpage dan blog, maka kedua2xnya akan keluar dengan carian google. Jika anda masih tidak dikenali tetapi anda sudah mengupload beberapa tutorial contohnya “Cara memakai shawl sepeti Yuna / Hana Tajima”, orang akan nampak link anda apabila mereka search “Yuna” atau “Hana Tajima”. Itulah gunanya YouTube. Ia mengembangkan lagi rangkaian perniagaan online anda. Ingat... Dunia hanya di hujung jari anda! J
Group Sharing pula adalah satu lagi cara untuk anda mempromosikan barang jualan anda secara percuma. Hanya perlu share produk anda di mana2x group yang ada di fb. Macam mana nak cari group2x ni? Search sahaja apa2x group yang berkaitan dengan produk anda di fb. Pastikan anda mengikut setiap T&C group2x tu. Jangan pula share gambar kek anda kepada group jualan barang baby. Memangla kena marah kan. Sometimes ada juga group yang memerlukan anda untuk memasukkan beberapa kawan anda sebagai ahli group itu dahulu sebelum anda boleh mempromosikan barangan secara percuma. Jadi anda harus alert dengan semua ini. Minta kebenaran rakan anda dahulu sebelum memasukkan mereka ke dalam mana2x group. Nak bisnes pon jangan sampai buat org sekeliling rasa rimas dengan anda tau! J
Promosi mulut ke mulut adalah cara yang paling efektik untuk semua bisnes. Gunakan rakan2x dan keluarga untuk membantu promosi produk anda. Jangan kedekut untuk memberi hadiah produk anda kepada kawan2x dan keluarga. Beri mereka peluang untuk merasai dan memberi komen tentang produk anda. Ambil segala komen untuk improvement. Mungkin dengan cara ini, rakan anda yang selalu membeli barangan di luar sebenarnya merasakan produk anda jauh lebih baik daripada keluaran produk lain. Dan dari sinilah promosi mulut ke mulut secara tak langsung akan berlaku. Jika mereka mahukan lagi barangan anda, mungkin anda boleh beri harga kawan2x tapi janganla sampai tak untung langsung kan. Ambillah untung walau seringgit J
Selain itu, anda boleh jadikan aplikasi seperti Instagram dan Twitter sebagai tempat untuk anda update produk terkini, selain tempat untuk beramah mesra dengan customer. Hanya perlu share gambar2x yang terkini. Mudah kan. See??!! Dunia di hujung jari anda!! Anda yang menentukan semuanya J

Untuk promosi berbayar yang lain contohnya website/blog ads, Mass Media ads (majalah dan suratkhabar), anda boleh search google / beli majalah untuk mencari orang yang berkaitan. Biasanya nama2x orang yang terlibat dalam satu2x keluaran produk tu akan ditulis di column iklan atau di bahagian hadapan majalah. Kos2x sebegini melibatkan ribuan ringgit tetapi insyaAllah membantu. Kalau ada yang berminat untuk mengiklankan produk perniagaan anda dalam mana2x majalah keluaran Karangkraf, boleh email Afie untuk dapatkan contacts ok. I’m just trying to help, tak amek untung pon hihi J
p/s: Semua cara promosi ni bukan sekadar promosi ye. Pastikan gambar/video yang anda gunakan itu cantik, kemas dan berkualiti untuk menarik minat orang yang melihatnya. Kalau tak, sia2x je usaha anda nanti. Cloverush tak pernah buat pon tutorial bagai ni kan... Hehe sebab Afie tak sempat la yunk.. Afie keje sorang2x L
5. Menjaga pelanggan
Semua tutur kata, penggunaan bahasa, cara kita melayan pelanggan akan menentukan masa depan bisnes kita sendiri. Jagalah mereka sebaik mungkin. Gunakan bahasa2x yang baik2x dan mesra. Lapangkan masa melayan kerenah pelanggan anda walaupun anda banyak kerja lain. Kalau mereka mahukan barang tu cepat, usahakan sebaik mungkin untuk hantar barang secepat mungkin. Jangan terlampau mengikut rules atau standard bisnes yang telah anda tetapkan. InsyaAllah dah stable nanti barulah slowly ketatkan lagi T&C untuk memudahkan kedua2x pihak. Jadikan pelanggan sebagai rakan baik anda. Jangan rasa terbeban apabila dihujani dengan soalan2x dari customer. Anggaplah semua itu sebagai salah satu cara anda mengajar mereka yang tidak tahu. Tak salah mengajar orang yang tak tahu kan? Dapat pahala lagi tau! Tak rugi punn!! Itulah cara yang terbaik bagi memastikan pelanggan tu menjadi return customer. Kalau mereka puas hati dengan servis kita, promosi mulut ke mulut secara automatik akan berjalan. Untungnya kita juga yang merasa kan J
Tips: Dalam bisnes online ni, every single words will be count tau..! Jangan salah guna perkataan atau ayat. Banyakkan senyum walau dalam ayat. J
6. Berfikiran Positif
Dalam bisnes ni banyak sangat dugaan terutamanya enam bulan yang pertama. Anda akan kekurangan modal untuk rolling jika planning tak betul. Dugaan nak mendapatkan customer. Dugaan nak menghabiskan stok yang ada, nak beli stok baru. Dugaan melayan kerenah customer. 1001 dugaan anda akan tempuhi untuk berjaya. Jangan sesekali mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Setiap kejayaan yang anda lihat pada orang lain pasti disulami dengan dugaan2x yang anda sendiri tak mampu nak fikir/jangka. Mungkin anda nampak luarannya sahaja bahawa mereka dah berjaya tetapi hanya orang di sekeliling mereka sahaja yang tahu kepayahan untuk berjaya. Usaha keras tanpa mengenal erti jemu adalah rahsianya. Apa pun yang terjadi, jangan berputus asa. Fikirkan jihad untuk mencari rezeki halal demi keluarga tersayang. Tetapkan niat, kuatkan iman. Usaha dan berdoalah. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Kita mungkin rasa perancangan kita adalah yang terbaik tetapi jangan lupa bahawa perancangan yang Maha Esa itu jauh lebih sempurna untuk kita, dunia dan akhirat. InsyaAllah. J
7. Persediaan
Pastikan semua peralatan yang berkaitan lengkap di awal perniagaan. Jangan nanti dah terima order barulah terhegeh2x nak cari plastik la, tape la. Ketahui semua peralatan lengkap untuk membungkus barangan anda. Kalau barangan anda perlukan kotak untuk perlindungan semasa penghantaran, sediakan kotak yang kukuh, plastik yang kukuh. Dapatkan segala borang pos yang berkaitan untuk mempercepatkan proses penghantaran barang kepada pelanggan anda. Pastikan semua barang2x dan peralatan yang digunakan adalah berkualiti bagi menjamin kepuasan hati pelanggan dan ini juga secara tidak langsung membuktikan tahap keseriusan anda dalam perniagaan ini. Jika ada label perniagaan atau kad bisnes, selitkan juga. J
8. Mendaftarkan Perniagaan
Setelah bisnes stabil dan anda yakin dengan potensi perniagaan ini, langkah seterusnya adalah mendaftarkan perniagaan. Kursus2x yang berkaitan dengan perniagaan boleh anda ikuti atas anjuran MARA atau agensi2x yang lain. Sebaiknya, elakkan membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda. Ambil masa untuk kumpul keuntungan. Biar lambat asal selamat. Tetapi jika perniagaan anda memerlukan modal yang besar dan anda yakin, membuat pinjaman adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah kekurangan modal. Pastikan usaha anda berlipat ganda selepas pinjaman dibuat! J
Ingatlah, kejayaan tidak dicapai dalam sekelip mata. Semuanya memerlukan pengorbanan masa, tenaga, idea etc etc. Dugaan hebat akan datang satu persatu. Jadi persiapkan diri anda dengan segala ilmu yang berkaitan. Sentiasa tingkatkan ilmu dalam bidang anda dan juga pengurusan perniagaan. Jadilah peniaga yang bijak. Jangan cepat berpuas hati kerana anda akan kekal di tahap itu sampai bila2x sedangkan pesaing anda terus maju ke hadapan. Sentiasa timba ilmu setiap hari supaya perniagaan kita berkembang dan kita capai apa yang diimpikan. Segala impian boleh jadi kenyataan dengan adanya usaha dan doa. Banyakkan bersedekah dengan hasil yang kita terima untuk rezeki lebih diberkati. InsyaAllah.. Selamat maju jaya untuk anda! Doakan kejayaan bersama demi kemajuan ummah! Aminnn.. Wallahualam..~
http://rancanganperniagaan2u.blogspot.com
Credit to:
- My family and beloved close friends
- My valued customers
- Mr. Google
for your kind and continuous support. Thank you so much!!!
Email me at cloverush@gmail.com for any queries J
Email me at cloverush@gmail.com for any queries J
Labels: bisnes online, cloverush
Kau Yang Terindah
Wednesday, August 22, 2012 | 0 comments
I just can't believe that i am now happy.. The 'door' is now opened.. Thank u for proving me that there is true love in this world... Thank you for the support given.. Thank you for being there for me.. Thank you, love.. Thank you Allah.. You sent someone i needed the most.. :)
Cloverush - Jenis2x Cotton Stretchable
Tuesday, January 24, 2012 | 1 comments
Salam semua!! Harini kita share info pasal kain cotton stretch ya. Sebenarnya banyak negara pengeluar kain cotton. Yang famous adalah Indonesia, China, Jepun dan juga Korea. Mana yang elok dari segi kualiti? Mana yang elok dari segi harga? Ok, jom kita baca info bawah ni.
p/s: Segala yang afie tulis di sini adalah berdasarkan pengalaman afie sendiri sepanjang penglibatan dalam bisnes online hijab ni ya. Kalau salah here and there harap dimaafkan. Feel free to add in comments!! ;)
Cotton Indonesia / China: Indonesia ada mengeluarkan fabrik cotton. Banyak terdapat di Malaysia terutamanya di Jalan TAR. Produk2x di sana kebanyakannya terhasil menggunakan material cotton dari negara ni ye. Kelebihan cotton Indonesia adalah kelembutannya. Kalau 1st time beli tudung/shawl, bila pakai mesti rasa selesa sangat sebab cotton die sangat lembut, sejuk, nyaman. Best sangat macam kain dibasuh dengan Softlan!! ;D Cotton indonesia pon ada beberapa grade jugak. Ada yang tebal sikit and ada yang nipis. Jadi anda boleh pilih mengikut harga yang anda willing nak bayar. Of course lebih tebal lebih bagus kan. ;)) Tapi dalam pada kelembutan ni, kekurangan cotton Indonesia / China adalah materialnya sangat stretchable. 1st time pakai best la. Lepas basuh dalam washing machine terus stretch. Bila tarik lebih sikit pon stretch lagi. Then masa hang shawl/ tudung guna hanger, mesti die ikut bentuk hanger tu. Lama2x pakai material tu pon jadi berbulu. Aduyai. Pening! Senang kata, produk menggunakan cotton indonesia tak tahan lama tapi!! Masih boleh dibeli jika anda jenis yang suka variety of hijab sebab takla rugi duit kan, harganya murah! hehehe. ^_^
p/s : Ada juga cotton China / Indonesia ni jenis yang murah sangat2x tapi material die kasar and keras sedikit. Bila pakai tak selesa oke. Kalau dekat jalan TAR, harga shawl guna cotton murah ni boleh anda dapatkan dengan harga serendah RM8 k!
Cotton Korea: Material dari Korea ni memang best, sejuk, lembut!! Sama lembut mcm kain dibasuh softlan juga hehe!! Design lebih cantik daripada cotton China. Dan warna pula lebih menarik! Tapi tengok musim jugakla sebab kadang2x kilang ni dia mood suram, warna pon semua nak suram kan. huk huk. Harga material ni jauh lebih tinggi daripada harga cotton China / Indonesia. Tetapi hasil hijab/shirt yang diperbuat daripada material Korea ni memang bermutu tinggi dan juga untuk long term usage. Seperti pengeluar lain juga, material dia ada Grade 1 & 2 and so on. Harga juga lain2x mengikut kemampuan anda. ;)) Kebiasaanya, banyak butik yang berjenama terkenal akan menggunakan material dari jenis ni. Jadi, itulah sebabnya harga sesuatu barang jadi mahal tau. Produk Alayna keluaran LustfulLuv juga menggunakan material dari Korea. Alhamdulillah ramai yang suka dan puas hati dengan hijab yang kami jual. Harga pasaran untuk hijab dari material Korea ni biasanya bermula serendah RM45 up to RM200 (ni harga butik la ek ;pp) Jadi, kalau anda tengok harga mahal tu, rajin2x la tanya si penjual material apa yang digunakan ye. Ok what harga ni. Mahal sikit je dari cotton China / Indonesia tapi anda akan puas hati ;) Material Korea ni jenis berbulu juga tapi amek masa berbulan2x lah ye. Bukan sekali pakai terus berbulu. Gerenti anda puas hati!! Gambar di bawah ni adalah contoh produk keluaran kami yang menggunakan material dari Korea! ;))

Cotton Jepun: Ok tamao cerita panjang pasal cotton Jepun ni sebab harga memang mahal tetapi kualiti yang ditawarkan memang yang terbaik!! Sangat terbaik!! Biasalah, Jepun kan terkenal dengan produk2x yang berkualiti tinggi tak kira dalam apa pon. Elektronik ke, sistem ke, LRT ke, fabrik ke, ilmu pertahanan diri ke, kerja ke, disiplin ke.. Semualah senang kata! Hehe.. Kagum dengan Orang Jepun ni tau!! ^_^ Ok back to our topic, harga kain cotton Jepun ni boleh mencecah sehingga RM100/meter tau. Tu tak termasuk upah jahit dan kos2x lain lagi.. Huish memang mahal sangat2x oke! Yang best gile pasal material ni adalah ianya tak berbulu!! Memang syiok lahhh!! Even bawal asli Jepun tu pon takkan berbulu. Sebab tu harga cotton/bawal ni sangat2x mahal!! Bawal2x yang banyak terjual di pasaran tu adalah jenis bawal Grade 1, 2 & 3 tau.. Dah dicampur2x jadi material tak cantik sangat untuk nak guna lama. Oih terlepas ke topik bawal pulak dah ;pp Untuk anda yang sangat mementingkan kualiti, inilah jenis material yang perlu anda cari tapi perlu diingatkan bahawa, butik2x biasa di Malaysia jarang sangat nak guna material cotton Jepun untuk buat tudung ye sebab kos sangatlah tinggi bagai bangunan pencakar langit hikk ;D
Ok ladies. Till then, alhamdulillah ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama anda ye. Thanks for reading!! ;)
Testimoni LustfulLuv/Cloverush
Wednesday, January 18, 2012 | 0 comments
Salam semua! Just untuk tatapan anda semua bahawasanya kami menjalankan bisnes secara jujur. Bawah ni adalah antara testimoni daripada pelanggan kami. Jadi, tak perlu ragu2x untuk membeli belah dengan Cloverush tau!! Hee ;D
Selamat menyecroll.. (Happy scrolling!!)
i love the first tudung very much so do my hubby..hope lustfulluv will release n produces more tudung yg simple n terletak cantik kat muka..n yg penting cover dada =)..will confirm to order from you..no worry!!all the best!
by : Mastura binti Hassan
akak dah dpt parcel akak...smlm br ambk..n akak dah try..mgm btl yg afie btau mgm senang dibentuk n nice clr...mgm best x rugi beli...tqvm afie...
P/S-teruskan usaha untuk keluarkan produk2 yg berkualiti tinggi dengan harga yg berpatutan.....;-D..
akak tlg promote produk afie w opismate akak...:-D...
by : leeja
hai tudung da smpi i sukaa sgt...tdg ne ats nama Lustfulluv rupanyaa...nnt buat la pula yg plain colour two tone ke 3tone ke msti cantik.Nnt i bli lg...TQQQQQ.:)
by : Aziah Betaan
Afie, ada inner kaler maroon tak? Try jugak tgk kat kedai2 kat Kuantan ni for the same inner tapi setakat ni xpenah lagi jumpe inner yg sama kualiti like ur's. TQ
by : Nur Azyyati Bohari
Assalam Afie
...Mj dh ambil parcel..memang gojes ler tudung2 tu. Mj suka pilihan warna afie..memang menarik dan cantik. Rasa2nya Mj pun nak book utk diri sendiri hehe
Mj suka jenis kain tudung2 tu jenis lembut dan sejuk..ramai org nak.
Mj suka jenis kain tudung2 tu jenis lembut dan sejuk..ramai org nak.
thanks dear.. u r the best.
by : MJ
salam dear....... thanx ya...sy dah dpt inner neck smlm...mmg comfy...
by Nur Hidayah Mohd Azmy
Saya da terima parcel awak...Cantik n comel..Tqvmuch!
by : Salihah Zahudi
Hi afie!jz to inform u that i've received d EQLS02 @ 12.30pm..very nice!sriously..yg awning kpala die pon t'letak elok2 je,labuh dada pn just nice.n yes,i'm satisfied!tq!
by : Nur Afifah bt Ahmad Lutfi
tq, received the item td, thanks..comel!
by : Ainul Mardhiyah
sy beli...dah dpt brg tu...suka sgt...thanks..
by : Siti Sakinah binti Mohd Jawandi
hye, i da ambil da inner cotton tu . thank you so much . selesa sangat sangat :)
by : Zak Hudazam
assalam akak..thx add k..i tot kita dah add akak tapi rupernyer belum ea..hehe..sory k..masalah line lmbab maybe..btw,ade tudung cantik, jgn lupe tag me k..tudung lustfulluv best..
by : Azira Anie Come
afie brg da smpi..tq sweet sgt..:)
by : Puteri Norjazari Wahidah Zamri
tq fie..luv it..much2..
by : Irdina Safura
afie syg, dh dpt dh.... suke sgt2.. cntiknye packaging die. ade reben2 gitu ♥ ♥
by : Myra Mutalib
AKAK NIE YG PAGE LUSTFULLUV EK?HEHEK...LAWA SGT TDUNG2 AKAK,TRINGIN JGK NK JDI AGEN..
by : Ayuni
Wahhh..cantik ler..best pakai..puple ada x? best gler
by : Esmeralda Farah
Slm. dah received.wow,superb!!rmi kekwn sy puji.tdung 2 chumel mcm owner blog..sguh puas ht.thanks k B-)
by : Zahiah bt Zulkefli
dah received.thanks,suka sgt tdg tu.blh beli lg nnt
by : Farhana Aziz
kak a.... mak ckp yg tudung anniversary lovely lavender n pale green tuwh lawa... tp dah sold out... mcm mne ek???
by : Asrul
cantik giler jenis,design ni....kuarkan la lagi yee..
by : Fadilah Riduan
Dah dapat my tudung! ♥ ♥ ♥ ♥ all of them! Hubby pun ckp cantik..tu yg pnting! Hehe
by : Amalina Hussin
hye, i da ambil da inner cotton tu . thank you so much . selesa sangat sangat :)
by : Azzyati Bohari
Tudung kamu best, id ada lg yg jarang2 mcm ni,roger2 sikit kat saya..saya x ada fb
by Seela Rizalpahlavy
salam kak..da dpt tau tduung..jumaat aritu..cntik sgt!! terima kasih
by : Hamidah Mohd Nasir
akak!! dah dpt tudung!! cantik sangat!!!!! *pengsan*
by : Hamidah Mohd Nasir
akak.. brg dh smpai!! suka..cntik jer,lembut kain dye..=)
by : Ayuni Miraque
Aeven hijab tu ramai org suka ler ;) Pilihan LL memang best and latest.
by : MJ
slm sis..alhamdulillah saya dah terima tudung saya ptg td..tq so much, saya suka kain dia,soooo nice!!!!...:)
slm sis..alhamdulillah saya dah terima tudung saya ptg td..tq so much, saya suka kain dia,soooo nice!!!!...:)
by : Nurul Farhanah binti Malai Ali
Banyak lagi sebenarnya tak tercari pulak sebab most of Cloverush/LustfulLuv customer hantar email or sms jek.. Yang nak drop komen dekat FP kureng.. Sian admin terpaksa menggali segala email dlm inbox untuk terbitkan topik ni ye.. huk huk.. Ape2x pon, kami sangat2x menghargai komen dan idea2x anda untuk labih improve di masa akan datang.. Terima kasih sangat2x kepada customer2x kami yang loyal sehingga sekarang.. Sayang korang ketat2x lah!! ^_^
Till then.. Toddlessssss ;))
Till then.. Toddlessssss ;))
Ombak Tsunami Rindu
Friday, December 2, 2011 | 0 comments
Hello dari Menara HLA, Kuala Lumpur!! Woohoo!! Orang busy berehat, aku busy berblogging lak.. nguhuhu.. Ok jom ke hot topic of the month!!
Korang dah tengok movie Ombak Rindu..?? Aku nak sangat tengok tapi tak tahu nak tengok dengan siapa.. Almaklumla, hidup single kan.. Tapi sebenarnya kalau tengok cerita ni sendiri pun best jugak apa.. Boleh layan jiwang sket.. Nak nangis ke tersedu ke semua boleh buat tanpa rasa malu.. Kalau ada partner mesti cam nak nangis tapi cover2x sebab malu nanti orang cakap jiwang sangat la apa la kan.. huu.. So which one is better..? YOU choose! ^_^
![]() |
| Terbaik!! |
Btw, novel Ombak Rindu ni aku baca masa form5 dulu dekat Maktab Kuantan.. Ni la novel melayu pertama yang aku baca sampai habis!! Ternyata terbukti memang la best gile cerita dia..!! Kalau tak, setahun satu novel pon aku tak layan ok! huhu.. Cerita ni memang menarik sampaikan kiteorang take turn siapa nak baca dulu hahaha..~ Aku tak ingat novel siapa yang aku pinjam tapi tak kiralah sebab cerita ni terbaik sepanjang suku abad aku hidup! Penulis novel ni memang kreatif tahap ayam la!!! Penuh ilmu sambil mengarang.. Kalau la aku ni somebody, confirm aku dah bagi anugerah khas untuk team penulis dan editor novel Ombak Rindu ni!! Ok tetiba rasa macam nak pergi beli pulak novel ni buat koleksi.. yezza!!
Now dah ditayangkan pula di panggung wayang (Wah!! Nape aku tak type movie jek??).. Barisan pelakon memang yang terbaik dan terpilih supaya jalan cerita lebih menarik agaknya.. Abg Aaron saya berlakon OMG i love this japanese looking guy.. Sangat handsome kalau dapat confirm aku tak lepas.. Bertuahnya wife dia.. *Jeles T_T*
| Tak nak pandang muka lain selain Encik Aaron Aziz xOxo ;pp |
Ok tapi kenapa dia pilih Maya Karin jadi heroin ya..?? Aku macam pelik sikit sebab dia ni kan cakap macam ada slanga sket.. Sesuai eah jadi wanita berwatakkan kampung..?? Lisa Surihani yang comel ni pulak..? Suara dia tegang sangatla sampai kadang2x aku takde feel tengok cerita yang dia lakonkan.. Aku suka dia as a person sebab dia humble nice cantik putih mulus bijak segala bagai tapi LS sebagai pelakon aku macam kureng sket huhu.. Takpela, kena tengok dulu baru boleh ngomen.. Jangan cakap banyak kalau tak tahu ok afie! huk huk..~
Psssstttt!! Dengar cerita penulis novel Fauziah Ashari ni tak puas hati dengan keseluruhan movie Ombak Rindu ni.. Korang baca komen penulis ni ek..
"Sejujurnya apabila novel saya dibawa ke layar perak, banyak yang perlu ditegur. Apabila kita membaca novel, masa yang diambil untuk menghabiskannya dalam tempoh empat atau lima jam. Sebaliknya apabila menonton filemnya hanya dua jam.
"Pastinya saya tak berpuas hati apabila menontonnya. Tetapi saya terima sahajalah perkara tersebut,"
"Pastinya saya tak berpuas hati apabila menontonnya. Tetapi saya terima sahajalah perkara tersebut,"
"Pada masa akan datang, saya harap kalau ada pihak penerbit yang mahu mengadaptasi novel kepada filem, ringan-ringanlah mulut untuk mengajak penulis skrip untuk menjadi penasihat atau penulis skrip bersama,"
To be honest, aku rasa cerita yang sangat best ni lebih sesuai dijadikan drama macam cerita Nora Elena tu ke, Stanza Cinta tu ke.. Kan lagi syiok and nebes2x orang nak tau apa akan jadi the next episode.. huhu.. I like!!!
Ok lah..!! Weekend ni planningnya nak tengok tapi tatau la sempat ke tak sebab mama babah ayeen amy and checha nak datang!! Wahh Ombak Tsunami rindu dekat mereka2x ni!!! ^_^
bye2x!!
Najwa Latif ada kembar??
Thursday, December 1, 2011 | 2 comments
hello semua!! lamanya tak berblogging.. Rindu10x..!! almost a year dah aku stop blogging due to some reasons.. antaranya sebab tuntutan kerja + business + lepaking dengan kawan2x + malas + takde idea + segala bagai alasan lagi lah.. ok main reason is malas.. yess!! saya mengaku saya malas hukkk..~
how to start where to start..?? #blur *_*
korang kenal Najwa Latif tak..? mestila kenal kan.. alaa yang nyanyi lagu cinta muka buku tu.. korang mesti ingat muka dia kan..?? awat aku bukak topik pasal cik adik ni ye..?? ok fine sebenarnya ramai gila orang ckp muka dia sama macam muka aku.. betul ke..?? aku tengok takla sama.. part mana yang sama tu eh..?? boleh habaq mai tak..? orang first sekali yang cakap muka kami sama adalah visitor dari blog mana entah drop komen dekat website hijab LustfulLuv aku tu.. aku punya la terkejut.. ok fine.. lepas tu pas sorang2x cakap mende yang sama.. sampai boss dekat tempat kerja lama aku pon cakap camtu.. dieorang siap cakap aku nak benti keje sebab nak pergi rakam album kat KL.. hahaha sengal tak sengal boss aku ni ek.. hehe.. owh saya rindu mereka!! ^_^

ok sambung cite.. tak cukup dengan boss tempat lama, budak2x tempat keje baru aku ni pon siap panggil aku Najwa.. mula2x dieorang tanya nama aku sape.. aku jawab la "Afie".. lepas dah lebih kurang 10 minit borak2x sambil having our lunch, sorang mamat ni tanya lagi.. "Nama ko ape ek?".. aku cam bengang je kan (ni pon nak bengang ke ;pp).. nasib baik masa tu sorang lagi kawan dia ni tolong jawabkan "Afie".. lega aku.. ok aku tak suka ulang2x mende yang sama sebenarnya.. hukk.. back to the topic.. pas makan tu kiteorang balik la office masing2x kan.. sat lagi ada sorang member aku ni panggil aku.. die cakap.. "Woi ko tau tak budak2x DC bawah tu panggil ko ape..?? Najwa ape entah (sambil gelak)".. aku lak terus tersentap, dalam hati berkata (cisss.. kena lagi!!)
persoalannya benarkah muka kami sama..? or i could say ada iras la.. yeke..?? benarkah..? korang rasa..?? aduyai.. malu lak rasa setiap kali orang cakap camtu.. aduyai yai yai..~
apa kata korang compare gambar aku and adik Najwa Latif ni.. sama ke..?? kalau sama, boleh tak aku declare kiteorang kembar..?? Kembar lain mak lain bapak.. huhu.. kalau korang ckp sama, memang aku dah boleh jadi penyanyi sambil petik2x gitar and NL secara tak langsung dah selamat jadi engineer dekat Aker Solutions tanpa perlu ada degree.. hehehe
till then.. toddles..
xOXo Afie LustfulLuv
p/s: aku struggle cari gambar Najwa Latif ni malam semalam.. siap cari yang kepala dia lentok ke kiri sbb nak samakan dengan gambar aku yg lentok tu.. hehehe..

..Queen Control for Quality Control..
Huhu.. QC.. Apakah QC...?? Kalao ikut scientific term, it refers to Quality Control.. A set of processes used to measure and assure the quality of a product.. Tapi kalao term joyah aku, QC ni refers to Queen Control.. Rasa2xnya semua orang pon tau ape maksud QC joyah ni.. Ada lagi yg tatau ape itu Queen Control..?? Meh cni che nak habaq mai..
QC ni adalah pengetuaan seorang wanita @ perempuan di dlm hubungan, where men will always listen to their women.. Oke..? Sepatutnya kan laki yg jadi ketua.. (tu seperti yg termaktub dlm al-Quran, jangan diragui fakta itu!!) tapi ada jugak certain hubungan especially hubungan muda mudi zaman sekarang.. perrghh.. muda mudi tuu.. ayat tak berengat!! oke back to our topic.. aku tengok zaman skarang ramai perempuan yg lebih menonjol dlm hubungan.. lebih ramai perempuan yg outstanding.. Laki pulak sbg tukang support.. Nak kata pelik pon ada gak.. Huhu.. Tapi jika itu keselesaannya, nak buat guane.. gitu la jugak kan.. ikut selesa anda la.. woowo00~

tapi mungkinkah ini yang menyebabkan berleluasanya QC system..? talking about this QC thingy kan.. aku kan.. cam pelik sikit.. kenapa ada org putuskan pergaulan mereka dgn kawan yg tidak se'gender' bila dah ade gf/bf baru ek.. mcm bila kol tak jawab, msg tak reply.. hidup mereka hanya nak pokus kat gf/bf baru tu jek.. is that really necessary..?? bagi aku, itu adalah satu kepelikan..
kate la baru kapel, bukan kawen lagi pon yang.. rilex la.. as for me, i never put any limits.. not to say takde langsung la.. camne nak ckp ek.. basically u have to know what you're doing la.. of coz ada limit tapi tak perlu smp nk putuskan friendship korang just because nak dengar ckp gf/bf korang.. sbb tak salah pon kalao nak berborak dengan kawan laki/perempuan korang kan.. takkan sbb gf/bf korang yg sorang tu, yg tak tentu lagi jadi suami/isteri korang tu, korang kena limitkan pergaulan korang.. setakat berborak kosong and tanya khabar tru calls and sms, tak salah pon kan.. bukan tiap2x hari.. kalao tiap2x hari tu agakla melampau.. aku pang jek org gitu.. hehehe.. lagipon bukannya keluar berdua lepak2x.. kalao keluar just berdua tu maybe tak sedap dipandang la kan sbb org tau kite kapel dgn org laen, sat g kua dengan org laen tu dah tak syiiokkk la.. kita kan melayu, ada peradaban yg perlu dijaga, ye dak..??
seriously tak perlu pon nak buat semua yg merepek2x tu (bg aku merepek la).. even if you're engaged to someone.. just take it easy.. kenalkan kawan2x korang pada pasangan korang so that kawan korang pon boleh jadi kawan pasangan korang.. haaa.. ada paham ka ayatku ini..??
janganlah pulak korang berkawan tapi pasangan korang tatau, mmgla nak makan penampao tu namanya.. bagi aku, kalao korang ade 1000 kawan, kenalkan semua 1000 tu pada pasangan korang.. ajak lepak sekali bila2x ada masa.. luaskan pergaulan, eratkan hubungan sesama anda.. barulah best.. ni la hubungan yg cool rilex and steady.. tak pening2x nak jeles la ape la.. Jeles tu biarlah bertempat ye.. jangan smp memakan diri.. #peringatan kepada diri sendiri juga!
and lagi satu.. tak perlu la korang kawan dlm sms tapi bila nak jmp awek/bf, delete semua sms and call register.. takot gf/bf jeles.. weh weh.. takde mende nak dijeleskan pon kalao awak jujur.. gunakan prinsip JANGAN MAIN BELAKANG oke!! kalao nak kawan, silakan.. tapi you have to know your limits la kawan.. takkan tiap2x pagi sebelum g kerja kena kol, tengah hari lunch nak kol, petang balik keje nak kol, mlm lagi.. tak cukup dengan tu, in between masa kerja and mlm2x tu ada sms2x lagi.. pastu bila dgn gf/bf korang lak, korang ckp bz la takde masa la ape la.. segala bagai alasan keluar.. tu namanya aksi terlampao!! kalao dah SANGAP habes camtu, baek ko kapel ngan budak tu jek.. tak payah pening2x layan 2 org dlm satu masa.. ada paham??? org2x mcm ni mmg perlu di'QC'kan.. confirm!!! hahaha.. sila jangan jadi seorang yg tamak haloba sbb nanti yang dikejar tak dapat, yang dijinjing bertaburan.. (oke aku search google sebenarnya masa nak cari peribahasa ni.. ;pp)
however, bercakap dr sudut pandangan org luar, terpulang lah kpd keselesaan hubungan masing2x.. kalao anda rela di'QC'kan, takpela.. and kalao suka meng'QC'kan orang pon, terpulanglah.. tetapi kalao tak rela diperlakukan mcm tu, janganla buat org mcm tu.. oke? ada sesetengah laki/perempuan ni tak rela tapi ikutkan je sbb tak nak gaduh la ape la.. tapi korang kena pk untuk jangka masa panjang.. kalao korang tak suka di'QC'kan (tak kira laki @ perempuan), just ckp dgn partner korang.. ajak duduk and discuss elok2x.. ckp manja2x sket.. janganla marah tengking maki2x, mmg gaduh la jawabnya.. semua masalah kan boleh diselesaikan dgn cara yg elok dan matang.. jangan memendam oke.. nnt korang jadi tension mcm budak kat bawah ni, nanes tiap2x hari.. sampai serabai rambut.. mulut lak makin luas dari hari ke hari.. btw aku rasa vokal budak ni mesti bes sbb cara die bukak mulut mcm tengah training vokal dlm AF jek.. pastu makan Mega Mac McD pon sekali ngap jek!! hehehe..

After all, relationship is all about consideration, sharing, caring, happiness and trust.. we live once.. so, live life to the fullest!!
wassalam..