Cloverush - Jenis2x Cotton Stretchable
Tuesday, January 24, 2012 | 1 comments
Salam semua!! Harini kita share info pasal kain cotton stretch ya. Sebenarnya banyak negara pengeluar kain cotton. Yang famous adalah Indonesia, China, Jepun dan juga Korea. Mana yang elok dari segi kualiti? Mana yang elok dari segi harga? Ok, jom kita baca info bawah ni.
p/s: Segala yang afie tulis di sini adalah berdasarkan pengalaman afie sendiri sepanjang penglibatan dalam bisnes online hijab ni ya. Kalau salah here and there harap dimaafkan. Feel free to add in comments!! ;)
Cotton Indonesia / China: Indonesia ada mengeluarkan fabrik cotton. Banyak terdapat di Malaysia terutamanya di Jalan TAR. Produk2x di sana kebanyakannya terhasil menggunakan material cotton dari negara ni ye. Kelebihan cotton Indonesia adalah kelembutannya. Kalau 1st time beli tudung/shawl, bila pakai mesti rasa selesa sangat sebab cotton die sangat lembut, sejuk, nyaman. Best sangat macam kain dibasuh dengan Softlan!! ;D Cotton indonesia pon ada beberapa grade jugak. Ada yang tebal sikit and ada yang nipis. Jadi anda boleh pilih mengikut harga yang anda willing nak bayar. Of course lebih tebal lebih bagus kan. ;)) Tapi dalam pada kelembutan ni, kekurangan cotton Indonesia / China adalah materialnya sangat stretchable. 1st time pakai best la. Lepas basuh dalam washing machine terus stretch. Bila tarik lebih sikit pon stretch lagi. Then masa hang shawl/ tudung guna hanger, mesti die ikut bentuk hanger tu. Lama2x pakai material tu pon jadi berbulu. Aduyai. Pening! Senang kata, produk menggunakan cotton indonesia tak tahan lama tapi!! Masih boleh dibeli jika anda jenis yang suka variety of hijab sebab takla rugi duit kan, harganya murah! hehehe. ^_^
p/s : Ada juga cotton China / Indonesia ni jenis yang murah sangat2x tapi material die kasar and keras sedikit. Bila pakai tak selesa oke. Kalau dekat jalan TAR, harga shawl guna cotton murah ni boleh anda dapatkan dengan harga serendah RM8 k!
Cotton Korea: Material dari Korea ni memang best, sejuk, lembut!! Sama lembut mcm kain dibasuh softlan juga hehe!! Design lebih cantik daripada cotton China. Dan warna pula lebih menarik! Tapi tengok musim jugakla sebab kadang2x kilang ni dia mood suram, warna pon semua nak suram kan. huk huk. Harga material ni jauh lebih tinggi daripada harga cotton China / Indonesia. Tetapi hasil hijab/shirt yang diperbuat daripada material Korea ni memang bermutu tinggi dan juga untuk long term usage. Seperti pengeluar lain juga, material dia ada Grade 1 & 2 and so on. Harga juga lain2x mengikut kemampuan anda. ;)) Kebiasaanya, banyak butik yang berjenama terkenal akan menggunakan material dari jenis ni. Jadi, itulah sebabnya harga sesuatu barang jadi mahal tau. Produk Alayna keluaran LustfulLuv juga menggunakan material dari Korea. Alhamdulillah ramai yang suka dan puas hati dengan hijab yang kami jual. Harga pasaran untuk hijab dari material Korea ni biasanya bermula serendah RM45 up to RM200 (ni harga butik la ek ;pp) Jadi, kalau anda tengok harga mahal tu, rajin2x la tanya si penjual material apa yang digunakan ye. Ok what harga ni. Mahal sikit je dari cotton China / Indonesia tapi anda akan puas hati ;) Material Korea ni jenis berbulu juga tapi amek masa berbulan2x lah ye. Bukan sekali pakai terus berbulu. Gerenti anda puas hati!! Gambar di bawah ni adalah contoh produk keluaran kami yang menggunakan material dari Korea! ;))






Cotton Jepun: Ok tamao cerita panjang pasal cotton Jepun ni sebab harga memang mahal tetapi kualiti yang ditawarkan memang yang terbaik!! Sangat terbaik!! Biasalah, Jepun kan terkenal dengan produk2x yang berkualiti tinggi tak kira dalam apa pon. Elektronik ke, sistem ke, LRT ke, fabrik ke, ilmu pertahanan diri ke, kerja ke, disiplin ke.. Semualah senang kata! Hehe.. Kagum dengan Orang Jepun ni tau!! ^_^ Ok back to our topic, harga kain cotton Jepun ni boleh mencecah sehingga RM100/meter tau. Tu tak termasuk upah jahit dan kos2x lain lagi.. Huish memang mahal sangat2x oke! Yang best gile pasal material ni adalah ianya tak berbulu!! Memang syiok lahhh!! Even bawal asli Jepun tu pon takkan berbulu. Sebab tu harga cotton/bawal ni sangat2x mahal!! Bawal2x yang banyak terjual di pasaran tu adalah jenis bawal Grade 1, 2 & 3 tau.. Dah dicampur2x jadi material tak cantik sangat untuk nak guna lama. Oih terlepas ke topik bawal pulak dah ;pp Untuk anda yang sangat mementingkan kualiti, inilah jenis material yang perlu anda cari tapi perlu diingatkan bahawa, butik2x biasa di Malaysia jarang sangat nak guna material cotton Jepun untuk buat tudung ye sebab kos sangatlah tinggi bagai bangunan pencakar langit hikk ;D
Ok ladies. Till then, alhamdulillah ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama anda ye. Thanks for reading!! ;)