(: A Brief Business Planning from Afie :)
Thursday, October 18, 2012 | 0 comments
Assalamualaikum semua! Alhamdulillah dapat juga Afie siapkan ringkasan ni untuk anda. Ramai yang email dan menghantar mesej bertanyakan tentang cara memulakan perniagaan secara online, bagaimana nak membuat promosi etc. Ada dari kalangan customer Cloverush, ada juga orang luar, ada juga rakan2x yang baru nak memulakan bisnes. Afie takla penuh ilmu di dada tapi di sini Afie akan share ilmu, pandangan, nasihat dan the Do’s and the Don’ts yang Afie dapat sepanjang 2 tahun penglibatan dalam bisnes online ni. Afie masih lagi belajar, menuntut dengan senior2x yang dah berjaya. Banyak ups and downs, sama seperti tokey2x lain yang dah berjaya. *Bila la nak berjaya macam dieorang yekkk? ^_^ *
1. Niat
Ya NIAT!! Dalam Islam pon, perkara pertama yang perlu ada dalam melakukan sesuatu adalah niat. Niat ini adalah asas kepada perniagaan anda, yang akan menentukan kekekalan bisnes anda samada untuk jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Dalam apa jua bisnes, pastilah kita mahukan sesuatu yang kekal dan dapat mengubah nasib kita di masa hadapan, kan? Pastikan niat anda betul dan yang penting ikhlas. Jangan sesekali memulakan bisnes kerana perasaan cemburu/iri dengan orang sekeliling yang dah berjaya kerana ini akhirnya hanya akan memakan diri anda.
2. Planning
Niat dah ada. Alhamdulillah. Tentang planning pula, atau perancangan perniagaan. Untuk semua bisnes, selain niat kita haruslah bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal, kewangan dan juga ilmu. Jika tak bersedia dan anda memulakan bisnes dengan niat untung semata, susah untuk hadapi dugaan2x mendatang, apatah lagi bertahan demi mencapai cita2x murni berbisnes ni kan. Macam2x ragam pelanggan akan anda jumpa. Ragam pesaing etc. Nak dealing dengan manusia ni adalah part yang paling susah dalam bisnes. Untuk permulaan bisnes yang lebih efektif, modal adalah perkara wajib bagi peniaga. Tak perlu bermula dengan ribuan ringgit pon tak apa. Janji kita tahu labur modal yang ada dan rolling guna duit yang sama. Sikit2x lama2x jadi bukit juga kan. Dan apabila kita dah laburkan sebahagian daripada simpanan kita untuk bisnes, perlulah kita lengkapkan diri dengan segala ilmu yang berkaitan. Belajarlah daripada orang yang dah berpengalaman atau daftarkan diri anda ke kelas/kursus yang berkaitan. Ilmu ini sangat penting untuk anda persiapkan diri dengan jawapan dari soalan2x cepumas customer nanti. Juga perlu untuk anda bandingkan kualiti terbaik dengan tawaran paling rendah, semasa mencari bahan jualan. Berbekalkan ilmu, kewangan dan persediaan yang cukup akan menjanjikan long term business.
p/s: Tak tahu dari mana nak mulakan perniagaan? Banyaknya kena fikir? Mana satu nak buat dulu? Mana yang penting? *ding dong*.. Psstt.. Anda hanya perlu google dan cari sampel untuk buat proposal. Buatlah proposal perniagaan anda supaya anda lebih jelas nampak ke mana arah tuju bisnes anda. Apa matlamat bisnes anda.. Siapa target market anda.. Apa raw material yang perlu ada.. Di mana nak dapatkan raw material tu.. Semua masalah akan anda lihat daripada proposal ni dan dari situlah anda bermula. Selesaikan setiap masalah anda satu persatu. Jangan malu bertanya. InsyaAllah ini cara yang terbaik bagi anda yang blur untuk memulakan perniagaan.
Bawah sekali post ni Afie bagi link web yang boleh membantu anda lebih memahami selok belok memulakan perniagaan, agensi di Malaysia yang berkaitan etc etc.. Semua ada!! Baca keyh!
3. Praktikkan ilmu
Semua ilmu yang dituntut dari Encik Google atau orang yang berpengalaman tu hendaklah anda praktikkan. Jangan disimpan segala nota dalam bag sampai pudar dakwat tu pulak. Sort semua tips/ilmu/idea yang anda telah terima. Cuba satu persatu mengikut keutamaan matlamat perniagaan anda. Kalau tak berjaya, cuba lagi sampai hasilnya memuaskan hati anda. Mungkin dengan cubaan tak berjaya tu, anda boleh consult semula senior/guru untuk maklumat lebih details. Jika ada kawan2x yang mahu mencuba, jangan lokek dalam berkongsi ilmu. Mungkin kawan anda juga ada ilmu yang anda tidak tahu. Jadi kongsi dan gabungkan ilmu tu untuk manfaat bersama. J
4. Promosi
Kebanyakkan yang bertanya kepada Afie adalah tentang promosi. Ok so here we go. Dari segi mempromosikan produk anda secara online, terdapat banyak cara seperti:
FB ads / Instagram / Twitter
Tutorial
Group sharing
Promosi mulut ke mulut
Giveaway to F&F
Website Ads
Mass Media Ads
Etc etc
So basically, semua cara promosi ni terbahagi kepada dua iaitu berbayar dan tidak berbayar. Kalau anda ada banyak duit, maka lebih senanglah untuk anda mempromosikan barangan anda kerana pelbagai medium boleh digunakan. Bagi mereka yang tidak cukup modal untuk membuat iklan FB, Mass Media, website etc, bolehlah guna cara menyediakan tutorial, group sharing dan promosi mulut ke mulut.
Sediakan tutorial anda dan upload ke YouTube. Kenapa perlunya kaedah ini? Apa yang best tentang kaedah ini? Sebenarnya bila anda upload tutorial etc, carian google umum tentang sesuatu yang berkaitan dengan produk anda akan lebih meluas. Contohnya, taip je nama produk anda, google akan terus list out semua yang berkaitan dengan anda secara online. Jika anda ada Fanpage dan blog, maka kedua2xnya akan keluar dengan carian google. Jika anda masih tidak dikenali tetapi anda sudah mengupload beberapa tutorial contohnya “Cara memakai shawl sepeti Yuna / Hana Tajima”, orang akan nampak link anda apabila mereka search “Yuna” atau “Hana Tajima”. Itulah gunanya YouTube. Ia mengembangkan lagi rangkaian perniagaan online anda. Ingat... Dunia hanya di hujung jari anda! J
Group Sharing pula adalah satu lagi cara untuk anda mempromosikan barang jualan anda secara percuma. Hanya perlu share produk anda di mana2x group yang ada di fb. Macam mana nak cari group2x ni? Search sahaja apa2x group yang berkaitan dengan produk anda di fb. Pastikan anda mengikut setiap T&C group2x tu. Jangan pula share gambar kek anda kepada group jualan barang baby. Memangla kena marah kan. Sometimes ada juga group yang memerlukan anda untuk memasukkan beberapa kawan anda sebagai ahli group itu dahulu sebelum anda boleh mempromosikan barangan secara percuma. Jadi anda harus alert dengan semua ini. Minta kebenaran rakan anda dahulu sebelum memasukkan mereka ke dalam mana2x group. Nak bisnes pon jangan sampai buat org sekeliling rasa rimas dengan anda tau! J
Promosi mulut ke mulut adalah cara yang paling efektik untuk semua bisnes. Gunakan rakan2x dan keluarga untuk membantu promosi produk anda. Jangan kedekut untuk memberi hadiah produk anda kepada kawan2x dan keluarga. Beri mereka peluang untuk merasai dan memberi komen tentang produk anda. Ambil segala komen untuk improvement. Mungkin dengan cara ini, rakan anda yang selalu membeli barangan di luar sebenarnya merasakan produk anda jauh lebih baik daripada keluaran produk lain. Dan dari sinilah promosi mulut ke mulut secara tak langsung akan berlaku. Jika mereka mahukan lagi barangan anda, mungkin anda boleh beri harga kawan2x tapi janganla sampai tak untung langsung kan. Ambillah untung walau seringgit J
Selain itu, anda boleh jadikan aplikasi seperti Instagram dan Twitter sebagai tempat untuk anda update produk terkini, selain tempat untuk beramah mesra dengan customer. Hanya perlu share gambar2x yang terkini. Mudah kan. See??!! Dunia di hujung jari anda!! Anda yang menentukan semuanya J
Selain itu, anda boleh jadikan aplikasi seperti Instagram dan Twitter sebagai tempat untuk anda update produk terkini, selain tempat untuk beramah mesra dengan customer. Hanya perlu share gambar2x yang terkini. Mudah kan. See??!! Dunia di hujung jari anda!! Anda yang menentukan semuanya J
Untuk promosi berbayar yang lain contohnya website/blog ads, Mass Media ads (majalah dan suratkhabar), anda boleh search google / beli majalah untuk mencari orang yang berkaitan. Biasanya nama2x orang yang terlibat dalam satu2x keluaran produk tu akan ditulis di column iklan atau di bahagian hadapan majalah. Kos2x sebegini melibatkan ribuan ringgit tetapi insyaAllah membantu. Kalau ada yang berminat untuk mengiklankan produk perniagaan anda dalam mana2x majalah keluaran Karangkraf, boleh email Afie untuk dapatkan contacts ok. I’m just trying to help, tak amek untung pon hihi J
p/s: Semua cara promosi ni bukan sekadar promosi ye. Pastikan gambar/video yang anda gunakan itu cantik, kemas dan berkualiti untuk menarik minat orang yang melihatnya. Kalau tak, sia2x je usaha anda nanti. Cloverush tak pernah buat pon tutorial bagai ni kan... Hehe sebab Afie tak sempat la yunk.. Afie keje sorang2x L
5. Menjaga pelanggan
Semua tutur kata, penggunaan bahasa, cara kita melayan pelanggan akan menentukan masa depan bisnes kita sendiri. Jagalah mereka sebaik mungkin. Gunakan bahasa2x yang baik2x dan mesra. Lapangkan masa melayan kerenah pelanggan anda walaupun anda banyak kerja lain. Kalau mereka mahukan barang tu cepat, usahakan sebaik mungkin untuk hantar barang secepat mungkin. Jangan terlampau mengikut rules atau standard bisnes yang telah anda tetapkan. InsyaAllah dah stable nanti barulah slowly ketatkan lagi T&C untuk memudahkan kedua2x pihak. Jadikan pelanggan sebagai rakan baik anda. Jangan rasa terbeban apabila dihujani dengan soalan2x dari customer. Anggaplah semua itu sebagai salah satu cara anda mengajar mereka yang tidak tahu. Tak salah mengajar orang yang tak tahu kan? Dapat pahala lagi tau! Tak rugi punn!! Itulah cara yang terbaik bagi memastikan pelanggan tu menjadi return customer. Kalau mereka puas hati dengan servis kita, promosi mulut ke mulut secara automatik akan berjalan. Untungnya kita juga yang merasa kan J
Tips: Dalam bisnes online ni, every single words will be count tau..! Jangan salah guna perkataan atau ayat. Banyakkan senyum walau dalam ayat. J
6. Berfikiran Positif
Dalam bisnes ni banyak sangat dugaan terutamanya enam bulan yang pertama. Anda akan kekurangan modal untuk rolling jika planning tak betul. Dugaan nak mendapatkan customer. Dugaan nak menghabiskan stok yang ada, nak beli stok baru. Dugaan melayan kerenah customer. 1001 dugaan anda akan tempuhi untuk berjaya. Jangan sesekali mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Setiap kejayaan yang anda lihat pada orang lain pasti disulami dengan dugaan2x yang anda sendiri tak mampu nak fikir/jangka. Mungkin anda nampak luarannya sahaja bahawa mereka dah berjaya tetapi hanya orang di sekeliling mereka sahaja yang tahu kepayahan untuk berjaya. Usaha keras tanpa mengenal erti jemu adalah rahsianya. Apa pun yang terjadi, jangan berputus asa. Fikirkan jihad untuk mencari rezeki halal demi keluarga tersayang. Tetapkan niat, kuatkan iman. Usaha dan berdoalah. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Kita mungkin rasa perancangan kita adalah yang terbaik tetapi jangan lupa bahawa perancangan yang Maha Esa itu jauh lebih sempurna untuk kita, dunia dan akhirat. InsyaAllah. J
7. Persediaan
Pastikan semua peralatan yang berkaitan lengkap di awal perniagaan. Jangan nanti dah terima order barulah terhegeh2x nak cari plastik la, tape la. Ketahui semua peralatan lengkap untuk membungkus barangan anda. Kalau barangan anda perlukan kotak untuk perlindungan semasa penghantaran, sediakan kotak yang kukuh, plastik yang kukuh. Dapatkan segala borang pos yang berkaitan untuk mempercepatkan proses penghantaran barang kepada pelanggan anda. Pastikan semua barang2x dan peralatan yang digunakan adalah berkualiti bagi menjamin kepuasan hati pelanggan dan ini juga secara tidak langsung membuktikan tahap keseriusan anda dalam perniagaan ini. Jika ada label perniagaan atau kad bisnes, selitkan juga. J
8. Mendaftarkan Perniagaan
Setelah bisnes stabil dan anda yakin dengan potensi perniagaan ini, langkah seterusnya adalah mendaftarkan perniagaan. Kursus2x yang berkaitan dengan perniagaan boleh anda ikuti atas anjuran MARA atau agensi2x yang lain. Sebaiknya, elakkan membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda. Ambil masa untuk kumpul keuntungan. Biar lambat asal selamat. Tetapi jika perniagaan anda memerlukan modal yang besar dan anda yakin, membuat pinjaman adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah kekurangan modal. Pastikan usaha anda berlipat ganda selepas pinjaman dibuat! J
Ingatlah, kejayaan tidak dicapai dalam sekelip mata. Semuanya memerlukan pengorbanan masa, tenaga, idea etc etc. Dugaan hebat akan datang satu persatu. Jadi persiapkan diri anda dengan segala ilmu yang berkaitan. Sentiasa tingkatkan ilmu dalam bidang anda dan juga pengurusan perniagaan. Jadilah peniaga yang bijak. Jangan cepat berpuas hati kerana anda akan kekal di tahap itu sampai bila2x sedangkan pesaing anda terus maju ke hadapan. Sentiasa timba ilmu setiap hari supaya perniagaan kita berkembang dan kita capai apa yang diimpikan. Segala impian boleh jadi kenyataan dengan adanya usaha dan doa. Banyakkan bersedekah dengan hasil yang kita terima untuk rezeki lebih diberkati. InsyaAllah.. Selamat maju jaya untuk anda! Doakan kejayaan bersama demi kemajuan ummah! Aminnn.. Wallahualam..~
http://rancanganperniagaan2u.blogspot.com
Credit to:
- My family and beloved close friends
- My valued customers
- Mr. Google
for your kind and continuous support. Thank you so much!!!
Email me at cloverush@gmail.com for any queries J
Email me at cloverush@gmail.com for any queries J
Labels: bisnes online, cloverush